Kedutaan Besar Malaysia
Paris
PENGUMUMAN
6 April 2006
Prosedur penukaran kad pengenalan bagi warganegara Malaysia di luar negara.
- Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara bolehlah memohon MyKad setelah kembali ke Malaysia. Mereka boleh memohon MyKad dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh kembali ke Malaysia dengan menunjukkan kad pengenalan lama dan pasport sebagai bukti serta lain-lain dokumen sokongan yang dapat membuktikan mereka telah menuntut atau bekerja di luar negara. Dengan demikian, mereka tidak akan dikenakan bayaran permohonan bagi penukaran MyKad bagi warganegara Malaysia;
- Walaubagaimanapun, jika mereka memohon MyKad selepas 30 hari dari tarikh kembali ke Malaysia, mereka akan dikenakan bayaran permohonan sebanyak RM10.00. Bagi mereka yang hilang kad pengenalan atau tidak memohon di bawah Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001), bayaran-bayaran kompaun masih perlu dibayar seperti biasa. Bagi permohonan kali pertama atau kanak-kanak 12 tahun adalah dikecualikan daripada bayaran semasa memohon MyKad;
- Untuk makluman, saudara mara tidak dibenarkan memohon bagi penukaran kad pengenalan bagi pihak pemohon. Ini kerana setiap pemohon kad pengenalan MyKad dikehendaki mengambil cap jari semasa membuat permohonan kad pengenalan; dan
- Sehingga kini Kerajaan belum menetapkan tarikh akhir bagi penukaran kad pengenalan MyKad.
*********************
|